Menghargai Sahabat Itu Bukannya Mudah

on 26 April 2012

Assalamualaikum......

Seandainya kaulah kawan terbaik yang aku ada pastinya akan aku hargaimu sampai ke akhir nyawaku. Bukannya mudah kita nak jumpa kawan yang betul-betul akan menghargai kita dalam dirinya. Mungkin yang ada pun cuma plastik saja. Berlakon seumpama pelakon yang memenangi Anugerah Bintang Harian atau Award. Itu cuma di hadapan kita tapi di belakang siapa yang tahu semua itu ? mungkin Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Bukan mungkin lagi memang ia dan pasti. 

Sebaiknya kawan yang terbaik itu adalah kawan yang sentiasa mengingati satu sama lain bukannya yang pentingkan diri sendiri saja. Tapi bagi aku semua kawan-kawanku adalah kawan yang telah terbaiok pernah Allah berikan kepadaku. Aku memang sangat menghargai meraka semua kerana kehilangan mereka itu merupakan kerugian bagiku. Bukannya mudah kita nak dapatkan kawan yang betul-betul menghargai kita dan mungkin satu dalam sejuta dekat dunia nie. 

So, sebaiknya kita seharusnya menghargai satu sama lain bukannya dari satu pihak sahaja. Kalau begitu tak adil namanya. 

Aku menulis semua nie bukannya aku mengaku yang aku nie kawan yang terbaik buat kawanku tapi aku berusaha untuk yang terbaik buat dorang semua. 

Banyak kata-kata hikmah berkaitan dengan kawan boleh korang google di internet tu. Ini adalah beberapa hasil carian aku di pak cik google. So, bacalah untuk halwa mata korang semua....

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
Ada banyak lagi kata-kata hikmah di internet tu... Wassalam...

p/s: aku tak suka nak menulis panjang-panjang sebab takut nanti orang lain malas nak baca artikal yang panjang-panjang nie terutamanya orang kita sekarang nie... Susah sangat nak baca yang panjang2... 
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved