Semua Lelaki Nak Yang Cantik, Yang Tak Cantik Mana Nak Letak ?

on 28 June 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Di pagi hari nie rajin pula update blog. Ini mungkin juga penangan nonton bola sepak Sepanyol lawan Portugal. Memang berdebar jantung dengan keputusan perlawanan dua pasukan nie. Akhirnya Sepanyol juga yang layak ke final Euro 2012 setelah menang dengan sepakan penalti 4-2. Bagi peminat Portugal janganlah sedih sangat sampai menggulinkan diri anda di lantai warung mamak tu. hahaha... 

Kita sambung cerita balik tutup pasal Euro 2012 dan bola sepak. 

Kalau nak diikutkan hati semua benda kita nak yang cantik, lawa, cute, cun dan hot. Ada tak sesiapa yang nakkan sesuatu tu buruk, jelek, hodoh dan tak cantik ? Tapi ada juga orang yang jenis tak kisah dengan semua tu, sebabnya pun saya tak tahu. 

Wanita solehah dan cantik menjadi rebutan para jejaka.

Begitu jugalah dengan lelaki sekarang nie, pastinya dia mahukan wanita yang bakal jadi isterinya tu cantik dan comel. Jangan nak tipulah saya tahu semua tu sebab saya nie pun lelaki juga. Para wanita pun sama juga, tak ada bezanya dengan lelaki. Tapi korang semua kena ingat yang jodoh itu adalah rahsia Allah dan DIA dah tentukan jodoh kita dan dengan siapa kita akan hidup bersama. So, terimalah dia nanti dengan hati yang terbuka walaupun dia tu bukan jenis/ciri-ciri wanita/lelaki idaman kita.

"Segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu menyadari (kebesaran Allah)" QS. adz-Dzariyat:51.
"(Sungguh!) Mahasuci Allah yang menciptakan semua pasangan, baik dari apa yang tumbuh di bumi, dari jenis mereka (manusia) maupun dari (makhluk-makhluk) yang mereka tidak ketahui" QS. Ya Sin:36.

Kesiankanlah juga yang tak seberapa nak cantik itu kerana bagi Allah semua makhluknya sama saja disisi-Nya dan yang membezakan antara kita ialah iman dan amal

Bagi saya, semua wanita cantik-cantik belaka cuma firasat kita saja yang mengatakan wanita itu tak cantiklah, tak hot, tak cute macam Saiditina Aisyah r.a. Setiap lelaki mempunyai pandangan tersendiri tentang wanita yang dicintainya. 

Terimalah Dia Seadanya

Memang jodoh itu misteri dan unik. Kekadang jodoh itu sendiri juga pelik. So, apa yang kita dapat, diharap terimalah dengan tangan yang terbuka. Di dunia nie mungkin dia tak cantik tapi di akhirat kelak mungkin juga dialah wanita yang paling jelita dan rupawan dan dicemburui oleh para bidadari-bidadari Syurga. Bersyukur tanda orang yang beriman.
Ranking: 5

{ 8 Komen... read them below or add one }

  1. btol2...ssetengah llaki ni aqu jmpa nak yang cntik je kan,tapi tak smua la..

    ReplyDelete
  2. yup..beznye klo semua lelaki berpandangan begitu..

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam....
    begitu indah kurasakan dalam membaca postingan ini..
    I like it..

    ReplyDelete
  4. @Lukman Hakim Terima kasih ... moga datang lagi ya... dan kepada semua... terima kasih juga... ini hanyalah sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  5. sama sama sahabatku..
    jika mau dikomentar lagi, mohon joint ke aku yah.. hehe :)

    ReplyDelete
  6. eh..baru ku tahu maksud sobat tu..be4 ni aku pnh tnye kt blogger indonesia..sobat tu apa,,,dia explain lain..rupanyaaa..sahabat! hadoiii

    ReplyDelete

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved