Showing posts with label Yuyu Zulaikha. Show all posts
Showing posts with label Yuyu Zulaikha. Show all posts

Impian Nak Jadi Blogger Famous

on 24 June 2012

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Impian Nak Jadi Blogger Famous

Tak salah kalau kita punya impian dan cita-cita yang tinggi kerana dari situlah semuanya bermula. Asal jangan jadi seperti Pak Pandir dan berangan saja lebih bak angan-angan mat jenin sudah, semuanya tak akan kemana. 

Setiap orang memang dah pasang cita-cita sejak dari kecil lagi, ada yang nak jadi doktor, cikgu, bomba, polis dan banyak lagi. Jangan hairan jika ada juga orang yang memasang impian nak jadi macam wira-wira kartun dan filem seperti Superman, Batman, Spiderman, Cicakman dan Power Rangers. Memang lawak kalau kita imbau kembali kenangan lalu. 

Kerana impian yang besar itulah ramai yang sudah berjaya termasuk juga blogger-blogger yang tengah meletup sekarang seperti Denaihati.com, Benashaari.com, Eyriqazz, Abangensem, Teratakarmo, Yuyu Zulaikha, Arifshah dan banyak lagi nie. Kalau nak senaraikan semuanya penuh satu laman nie. Tapi ada juga di antara blogger-blogger nie yang tak sangka akan famous. Inilah yang dinamakan rezeki.

Memang hebat kan kalau kita nie dikenali oleh orang ramai apalagi kalau nama kita dah menjadi sebut-sebutan. Perghhhh, terbayang sudah dekat kepala otak nie. Tapi, satu saja yang perlu kita elakkan bila dah jadi famous nanti, jangan cepat lupa diri dan sombong nanti ramai yang tak suka.  

Memang bagus juga kalau kita buat mento-menti nie dalam dunia blogger macam program di TV3 "Mentor - Tunjuk Ajarku Sifu". hahaha... Kalaulah ada blogger yang nak buat program macam tu kan bagus juga setidak-tidaknya newbie macam saya nie dapatlah juga ilmu dari blogger famous nie. 

Kalau saya diberi pilihan blogger yang mana saya nak pilih sebagai Mentor mesti saya pilih ??? eh, siapa ya... banyak blogger hebak-hebak nie, pening kepala nak pilih juga tapi mungkin saya akan pilih antara Denaihati, Yanmieonline atau Fatin Liyana. Lebih-lebih pula saya nie.

Oklah, sampai sini saja angan-angan ku hari ini. Akhir sekali, tak salah kalau kita punya impian yang besar.


Review Entry Lama Blogger Terhebat | Yuyu Zulaikha

on 28 April 2012

Assalamualaikum......

Memang bosan hari ini. So, tak ada keja nak buat. Nak update blog pun tak tahu nak update apa. Apa kata kita tengok entry yang mula-mula blogger hebat sekarang nie tulis sejak mereka mula berkecimpung dalam dunia blog.

Mereka pun bermula dari bawah juga. So, aku nak tahu juga apa mereka tu tulis erkkk ?...  ada setuju tak ? kalau ada... mangsa pertama kita adalah ?????

Yuyu Zulaikha

Siapa tak kenal dengan blogger kecik manis lagi kiut dan menawan tu... Yuyu Zulaikha... Siapa tak kenal tak tahulah korang nie asal dari mana... macam katak bawah tempurung saja... huhuhuhu... Sorry kalau terasa erkkkkk...

Berikut merupakan sedikit dari entry yang mula-mula yuyu buat... memang ringkas saja penulisannya... Tapi ada juga lucunya bila aku baca... hehehe... jangan marah ya tuan punya badan.... >.<

"So lately I had such a bad lack of inspiration and I wasn't taking any interesting life.... "i feel so dead"

"STUPID! this is the best word for people who did illegal abortion.. pandai wat keje, pndai la jaga.. "Abortion"

Tapi ada beberapa entry yuyu dah edit. So, tak dapat baca apa yang yuyu tulis... huhuhu... tak acilah....

Rupa-rupanya dah lama yuyu berkecimpung dalam dunia blog nie... sejak december 2008 lagi... lama tu !!!!... Nak tulis banyak lagi tapi takut kena debuk dengan empunya badan... habis aku...

p/s: Harap-harap Yuyu tak marahlah aku tulis pasal dia mula-mula berblog dulu... huhuhu... 

Aku malas nak tulis panjang-panjang sampai ke gunung kinabalu. Idea pun bukannya banyak sangat... 
 
© Bayangan Silam All Rights Reserved