Impian Nak Jadi Blogger Famous

on 24 June 2012

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Impian Nak Jadi Blogger Famous

Tak salah kalau kita punya impian dan cita-cita yang tinggi kerana dari situlah semuanya bermula. Asal jangan jadi seperti Pak Pandir dan berangan saja lebih bak angan-angan mat jenin sudah, semuanya tak akan kemana. 

Setiap orang memang dah pasang cita-cita sejak dari kecil lagi, ada yang nak jadi doktor, cikgu, bomba, polis dan banyak lagi. Jangan hairan jika ada juga orang yang memasang impian nak jadi macam wira-wira kartun dan filem seperti Superman, Batman, Spiderman, Cicakman dan Power Rangers. Memang lawak kalau kita imbau kembali kenangan lalu. 

Kerana impian yang besar itulah ramai yang sudah berjaya termasuk juga blogger-blogger yang tengah meletup sekarang seperti Denaihati.com, Benashaari.com, Eyriqazz, Abangensem, Teratakarmo, Yuyu Zulaikha, Arifshah dan banyak lagi nie. Kalau nak senaraikan semuanya penuh satu laman nie. Tapi ada juga di antara blogger-blogger nie yang tak sangka akan famous. Inilah yang dinamakan rezeki.

Memang hebat kan kalau kita nie dikenali oleh orang ramai apalagi kalau nama kita dah menjadi sebut-sebutan. Perghhhh, terbayang sudah dekat kepala otak nie. Tapi, satu saja yang perlu kita elakkan bila dah jadi famous nanti, jangan cepat lupa diri dan sombong nanti ramai yang tak suka.  

Memang bagus juga kalau kita buat mento-menti nie dalam dunia blogger macam program di TV3 "Mentor - Tunjuk Ajarku Sifu". hahaha... Kalaulah ada blogger yang nak buat program macam tu kan bagus juga setidak-tidaknya newbie macam saya nie dapatlah juga ilmu dari blogger famous nie. 

Kalau saya diberi pilihan blogger yang mana saya nak pilih sebagai Mentor mesti saya pilih ??? eh, siapa ya... banyak blogger hebak-hebak nie, pening kepala nak pilih juga tapi mungkin saya akan pilih antara Denaihati, Yanmieonline atau Fatin Liyana. Lebih-lebih pula saya nie.

Oklah, sampai sini saja angan-angan ku hari ini. Akhir sekali, tak salah kalau kita punya impian yang besar.


Ranking: 5

{ 6 Komen... read them below or add one }

  1. alaa bila laa nk tersenarai jd blogger fames nie..hahaha :)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikum salam wr wb..
    Benar sekali jika kita tak punya impian atau cita-cita, maka kehidupan tidak ada seninya...
    dan jika seni tidak ada dalam kehidupan kita, itu pertanda kehidupan tak ada..

    ReplyDelete
  3. tu la kan,tapi nak jdi blogger fames kna slalu update blog,tapi kite nak gk jdi blogger fames ni tapi tu la kan mlaz nak update blog..:)..bnyak snggat tapi...^__~

    ReplyDelete
  4. good luck, mudahan impian tercapai, insyaAllah boleh

    ReplyDelete
  5. Ikmal pasti boleh...cayooo..^_^ Tiada yang mustahilkan dalam dunia ni...yang penting kita berusaha dan berdoa..aminn

    ReplyDelete
  6. nak jadi blogger famous kene ikhlas dan terus berkarya.. lagi satu jgn sombong selalulah blogwalking dan tinggal komen pd topik

    ReplyDelete

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved