Jangan Terlena Lagi Wahai Harimau

on 27 November 2012

Harimau Malaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, sekarang memang kecoh pasal Malaysia kalah 0-3 dengan Singpore hari tu dan mampukan Skuad Malaysia ini bangkit menentang Laos esok? Aku pun salah seorang peminat bola sepak Malaysia dan salah seorang yang frust Singapore menjaringkan gol. Malaysia ada peluang nak jaringkan gol tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya. 

Selepas saja tiupan wisel akhir ditiup oleh pengadil pertandingan, aku mula berfikir, apakah Harimau Malaya akan tersungkur atau akan bangkit semula seperti Piala AFF Suzuki 2010 lalu di mana pada perlawanan pertama Malaysia kalah kepada Indonesia 1-5 dan seterusnya melakar kemenangan dan menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010. Mampukah sejarah lama berulang kembali seperti juga lagu kumpulan Newboyz - "Sejarah Mungking Berulang". erk! ada kena mengenakah. Apa-apa pun kami mengharapkan kemenangan dari skuad Rajagopal selepas ini, Malaysia vs Laos


Sedikit puisi untuk Skuad Harimau Malaysia yang akan turun esok menentang Laos dalam perlawanan kedua dalam kumpulan. Puisi ini dicipta sepenuhnya oleh merpatiputih88.blogspot.com.

Di padang itu nanti menjadi saksi
Jutaan mata melihat dan memerhati
Harapan dan impian tersemat di hati
Agar beroleh kejayaan pada hari ini

Jadilah kau Harimau pujaan hati
Buktikanlah ketajaman taringmu pada lawanmu di sini
Buktikanlah ketangkasan dan kehabatan kamu nanti

Jangan kau toleh kebelakang lagi
Usah terlalu difikirkan kritikan pedas membakar hati
Tetapi jadikanlah ia sebagai pembakar semangatmu nanti

Usah diulangi kesilapan dan kealpaan lalu
Ubahlah strategi mana yang perlu
Dengan semangat dan keazaman yang jitu
Pasti kejayaan itu menjadi milikmu

Jika kau benar Harimau Malaya pasti kau tak berasa gerun dan gentar
Kerana harimau tu rasminya bersifat berani dan berazam tinggi
Buktikan kepada pengkritik itu nanti
Bahawa cita-citamu bukanlah mimpi

Jangan pernah toleh kebelakang atau berundur diri
majulah ke hadapan dengan semangat yang membara di hati
Doa kami semua akan tetap bersamamu sehingga ke akhir nanti
Agar kejayaan itu buat kamu wahai si Harimau yang berani

Pencipta - Merpatiputih88
Ranking: 5

{ 4 Komen... read them below or add one }

  1. Harap HM tak tersungkur lagilah lepas nie kalau berhasrat nak jadi Juara Piala AFF Suzuki 2012...

    ReplyDelete
  2. HM bangkit. kami rakyat sentiasa menyokong kalian...

    ReplyDelete
  3. kalau tersungkur juga entah apa lagi kata peminat... Go Malaysia!!!

    ReplyDelete

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved