Tips Gigi Putih Dengan Bahan Semulajadi Dan Tradisional

on 31 October 2013

Tips Gigi Putih Dengan Bahan Semulajadi Dan Tradisional
Tips Gigi Putih Dengan Bahan Semulajadi Dan Tradisional | Kekadang, seseorang itu terpaksa membatalkan hasrat untuk mengukir senyuman yang menawan ekoran tidak yakin dan malu dek kerana mengalami masalah bergigi kuning dan berkarat.

Banyak punca yang menyebabkan masalah kekuningan gigi dan berkarat, sebab utamanya adalah sifat malas untuk gosok gigi, teknik yang salah ketika mengosok dan merokok antara penyumbangnya.

Selain cara moden yang menggunakan bahan alternatif, sebenarnya ada cara tradisional dan menggunakan bahan semulajadi bahkan ia lebih berkesan dan selamat disamping menjimatkan kos perbelanjaan.

Berikut adalah beberapa bahan semulajadi dan cara tradisional bagi memutihkan gigi:

Arang kayu 

Arang kayu yang kita selalu guna untuk barbeku juga mampu membantu anda mengurangkan kekuningan gigi. Cara guna cuma gosokkan sahaja pada gigi mengikut kiraan sendiri dan basuh gigi dengan sebersihnya.

Biji buah pinang 

Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai. Selain itu, ia memperkuatkan gigi juga.

Lemon dan garam 

Campurkan perahan jus lemon bersama sedikit garam dan berkumur. Amalkannya seminggu sekali sudah memadai kerana terlalu banyak berkumur mengunakan garam boleh merosakkan lapisan gigi jika terlalu kerap berkumur.

Kulit jeruk 

Kulit jeruk yang anda selalu buang itu sebenarnya mampu memutihkan gigi anda. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya. Namun bagi anda yang mempunyai gigi sensitif, berwaspadalah kerana kandungan vitamin C didalam kulit jeruk itu mungkin tidak sepadan dengan gigi anda.

Strawberi 

Selain ia sedap dimakan , strawberi mampu membantu memutihkan gigi anda. Tidak perlu membuat ramuan, cuma ambil buahnya dan gosok pada gigi anda.


Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved