Showing posts with label Info Kecantikan dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kecantikan dan Kesihatan. Show all posts

Tips Gigi Putih Dengan Bahan Semulajadi Dan Tradisional

on 31 October 2013

Tips Gigi Putih Dengan Bahan Semulajadi Dan Tradisional
Tips Gigi Putih Dengan Bahan Semulajadi Dan Tradisional | Kekadang, seseorang itu terpaksa membatalkan hasrat untuk mengukir senyuman yang menawan ekoran tidak yakin dan malu dek kerana mengalami masalah bergigi kuning dan berkarat.

Banyak punca yang menyebabkan masalah kekuningan gigi dan berkarat, sebab utamanya adalah sifat malas untuk gosok gigi, teknik yang salah ketika mengosok dan merokok antara penyumbangnya.

Selain cara moden yang menggunakan bahan alternatif, sebenarnya ada cara tradisional dan menggunakan bahan semulajadi bahkan ia lebih berkesan dan selamat disamping menjimatkan kos perbelanjaan.

Berikut adalah beberapa bahan semulajadi dan cara tradisional bagi memutihkan gigi:

Arang kayu 

Arang kayu yang kita selalu guna untuk barbeku juga mampu membantu anda mengurangkan kekuningan gigi. Cara guna cuma gosokkan sahaja pada gigi mengikut kiraan sendiri dan basuh gigi dengan sebersihnya.

Biji buah pinang 

Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai. Selain itu, ia memperkuatkan gigi juga.

Lemon dan garam 

Campurkan perahan jus lemon bersama sedikit garam dan berkumur. Amalkannya seminggu sekali sudah memadai kerana terlalu banyak berkumur mengunakan garam boleh merosakkan lapisan gigi jika terlalu kerap berkumur.

Kulit jeruk 

Kulit jeruk yang anda selalu buang itu sebenarnya mampu memutihkan gigi anda. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya. Namun bagi anda yang mempunyai gigi sensitif, berwaspadalah kerana kandungan vitamin C didalam kulit jeruk itu mungkin tidak sepadan dengan gigi anda.

Strawberi 

Selain ia sedap dimakan , strawberi mampu membantu memutihkan gigi anda. Tidak perlu membuat ramuan, cuma ambil buahnya dan gosok pada gigi anda.


13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress

on 7 July 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress | Dengan kesibukan yang sering melanda diri ditambah lagi dengan kerja yang berlambak dan kerja sampai lewat malam memanglah kita akan berasa mengantuk dan mudah stress. Bagi seorang pelajar pula, assigment yang banyak itu tak lari ditambah pula dengan masalah dengan boyfriend/girlfriend mesti stress giler.

Tips Hilangkan Mengantuk dan Stress

So, saya nak kongsikan kepada anda semua tak kiralah muda ataupun tua. Mahupun berbeza bangsa, kaum dan saiz kasut, semua boleh turut serta maaa... Kalau kamu rasa 13 cara di bawah ini bagus untuk hilang semua tu jangan lupa 'share'kan dengan rakan-rakan tak kiralah Cina, India, Bangladesh, Timor, Bajau dan sebagainya. Share je jangan malu-malu...

Ok, dah ready semua !!! Let's do it ! First, sila bangun sekarang ! Jangan malas, kita nak mulakan sekarang nie...

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2


Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3


wa..wa..aaa

LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11


pusingkan kepala… untuk legakan otot bahu dan tengkuk itu…

LANGKAH 12


Selepas itu goyangkan kepala dan tangan serentak.. lawa tak…

LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…

____________

Sekian... SELAMAT MENCUBA !!!

p/s: Kalau anda masih lagi rasa mengantuk, stress bagai... Sila berjumpa doktor atau kepada yang pakar ! mybe itu dah 'crazy' dah tu... hehhehe... kredit: Leypark

Kebaikan Buah Kurma Pada kecantikan Kulit | Spa Di Rumah

on 11 June 2012

Kebaikan Buah Kurma Pada kecantikan Kulit | Spa Di Rumah
Buah kurma merupakan makan yang terkenal sejak zaman nabi lagi. Kalau nak dapatkan kurma memang senang pada musim Ramadhan, tak tahulah kalau bukan pada musimnya. Rasanya ada juga yang menjual buah kurma nie.

Rasa buah kurma bukan sahaja sedap tapi mempunyai banyak manfaat lain dan salah satunya adalah untuk kecantikan kulit. Buah kurma mempunyai kandungan vitamin B6 dan protein yang ternyata mampu mencegah dermatitis (jangkitan pada kulit) dan membuatkan warna kulit menjadi segar dan tidak pucat. 

Bagaimana kita nak mencantikkan wajah dengan kurma, caranya cukuplah mudah iaitu dengan mencampurkan buah kurma, buah kranberi dan jus aprikot maka akan menghasilkan satu ramuan untuk perawatan kulit yang mengandungi vitamin C, A, B6 dan Protein. Kesemua bahan tersebut sangat berguna untuk membersih , melembut dan menjaga keanjalan kulit. 

Bahan-bahannya:
  • 8 biji buah kurma
  • 1/2 auns buah kranberi beku
  • 1/2 cawan jus aprikot
  • 1/2 sudu teh oat

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam pengisar dan hancurkan hingga halus.
  2. Seterusnya, basahkan tubuh kamu dengan air suam lalu lumur dan gosok tubuh kamu dengan campuran kurma serta aprikot tadi.
  3. Sapu dengan lembut dan perlahan-lahan. kemudian basahi tubuh dengan air suam lalu mandilah seperti biasa dengan air sejuk.
  4. Setelah itu, jangan lupa menggunakan losen setelah selesai mandi agar kulit menjadi bersih, mulus dan tetap terjaga kelembapannya.
p/s: Mudah sahaja bukan ?!... Jadi jangan lupa mencubanya... Selamat Mencuba !!!

Sumber: Remaja

Tips Memanjangkan Rambut

on 6 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Tips Memanjangkan Rambut

Hari ini kita akan berkongsi tip-tips kesihatan lagi, kali ini bahagian rambut pula. Rambut panjang nan indah merupakan idaman buat kebanyakan wanita di seluruh penjuru dunia. tak tahulah kalau ada juga lelaki yang suka berambut panjang. Namun, masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita adalah rambut yang tumbuh tidak sihat. Walaupun bagaimanapun jangan terkeliru masalah rambut tidak sihat bukan hanya kerana perawatan rambut yang salah tetapi juga disebabkan faktor cuaca, pemakaian produk perawatan rambut yang tidak  tepat dan pola pemakanan yang tidak seimbang.

Faktor-faktor penghambat itulah yang menjadikan rambut kamu tumbuh tidak subur, mudah rapuh, patah dan kusam. Maka, bagi memastikan rambut kamu panjang dan cantik berikut adalah tipnya:-

  • Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kamu. Jangan tertipu dengan produk syampu yang menawarkan pertumbuhan rambut secara pantas kerana bimbang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya adalah bahan-bahan yang boleh merosakkan rambut.
  • Gunakanlah masker berkhasiat pada bahagian hujung rambut. Bagi memanjangkan rambut, khasiat yang cukup harus ada pada rambut.
  • Cubalah suplemen untuk rambut. Bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen rambut terdiri daripada kalsium, zat besi, magnesium dan mineral garam yang akan membantu pemeliharaan rambut dari dalam.
Kredit to: OhBulah !

Hargailah Kesihatan Yang Dikurniakan Oleh-Nya

on 28 May 2012

Assalamualaikum....

Hargailah Kesihatan Yang Dikurniakan Oleh-Nya

Rasanya dah lama saya tak update blog nie... Kesiannya kat koe ya... Sabarlah... Biasalah saya malas nak update sebab saya kena ulser mulut. So, malas nak update, ini pun belum sembuh sepenuhnya.

Perghhh... memang susah kalau terkena ulser mulut nie... Semua benda susah nak buat terutama sekali bila time  makan tiba. Orang senang saja masukkan 'mangsa' tu kat dalam perut korang tapi saya nie memang payah weiii... Dah lebih kurang seminggu dah kena tapi tak sembuh-sembuh lagi. Alahai, beratnya ujian yang KAU berikan kepadaku, Ya Allah... 

Oleh itu hargailah kesihatan diri kamu semua. Jangan sia-siakan kesihatan yang telah diberikan Oleh-Nya. kelak bila DIA dah tarik balik kesihatan itu dari kamu barulah kamu akan menyesal. itu semua tidak berguna lagi weiiii... 

Kita semua kena ingat bahawa kesihatan yang kita miliki sekarang ini hanyalah pinjaman dari-Nya dan jagalah ianya dengan sebaik mungkin. Jangan ikut sedap mulut perut kamu saja nak lahap semua benda dan tak langsung fikir tentang limit yang ada pada badan kamu tu. 

Kalau mereka tu boleh bercakap pasti mereka akan berkata demikian -"Weiii, dahlah tu aku dah tak mampu dah tampung lemak yang kamu makan tu"- PERUT- Sekadar jenaka semata-mata....

INGAT !!! - Kesihatan adalah hargai yang tak ternilai harganya. Maka jagalah diri kamu dengan sebaiknya.


Cantik Bersama Coklat | Spa Di Rumah

on 23 May 2012

Cantik Bersama Coklat | Spa Di Rumah
Siapa yang tak suka bila dengar saja pasal coklat, pasti ramai yang mengaku meminati @ suka memakan coklat. Walaupun kita tahu bahawa kandungan gula dalam coklat dapat meningkatkan berat badan, merosakkan gigi mahupun menyebabkan penyakit diabetis. Namun itu semua tidak menghalang orang ramai untuk menikmati kelazatannya kerana coklat sendiri sebenarnya mempunyai banyak kebaikannya juga dan bermanfaat kepada tubuh badan. Coklat mengandungi antioksidan yang dapat menjaga kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan dari psikologi manusia, coklat dapat menimbulkan perasaan rileks dan tenang.

Selain itu, coklat juga dapat membantu meningkatkan kecantikkan. Kandungan yang terdapat dalam coklat sememangnya memiliki banyak manfaat kepada kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembabkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambatkan penuaan kulit termasuk mencegah kerutan pada wajah.

Kalau nak cantikkan wajah menggunakan coklat, tidaklah susah sangat buat masker sendiri pun boleh juga. Tak payah pergi ke Spa kecantikan sebagainya, membazir duit saja. Dekat rumah pun boleh buat. Kalau korang nak cuba menggunakan coklat pada wajah kamu, cuba cara berikut : 

Bahan:
  • Dark chocolate (kandungan coklat tinggi), susu serbuk putih (full cream), garam

Cara:
  • Cairkan coklat
  • Campur semua bahan dalam coklat yang telah mencair dan aduk rata
  • Sejukkan sehingga mencapai suhu ruang
  • Oleskan pada wajah selama 15-30 minit
Susu dan garam dapat digantikan dengan mentega gula dan madu bila kamu inginkan kesan lembab dan antiseptik pada wajah.

Untuk kulit TUBUH, kamu boleh membuat sabun mandi coklat buatan sendiri, tak payah beli dekat pasar atau mall. 

Cara:
  • Jerang susu putih dicampur dengan irisan coklat sehingga coklat cair.
  • Kemudian campur dengan sabun mandi cair atau kamu tuang saja dalam Bathtub
p/s: Coklat memang makanan yang sangat disukai di seluruh dunia. Kalau tak percaya cuba tanya orang disekeliling kamu. Betul kan ? 

Coklat boleh mendatangkan keburukan jika kita mengambilnya secara berlebihan. So, moral valuenya di sini. Bila makan ingat-ingat dunia dan diri kamu. >.<

Menahan Bersin Boleh Membawah Maut ?

on 5 May 2012

Menahan Bersin Boleh Membawa Maut ?


Assalamualaikum.....


Aku rasa lama dah tak update blog nie. Biasalah mood kadang-kadang tu ada tapi kadang-kadang hilang, so, malas kalau mood tak ada nak update blog nie. Lagipun idea bukannya selalu ada, kan. Tapi kali ini aku nak bagi sedikit info yang berguna kepada korang semua. Mungkin perbuatan ini ada sesetengah dari kita yang melakukannya tanpa kita sedari ianya memang sangat merbahaya kepada diri kita sendiri.

Betulkah bersin boleh membunuh?, kalau ianya benar sudah pasti manusia pupus dari muka bumi ini. 

Bersin adalah tindakbalas normal atau alergi apabila terdapat benda asing rongga hidung anda. Ini merupakan salah satu tindakbalas semulajadi bagi membersihkan dalaman tubuh badan kita dari kuman.

Kebiasaannya kita akan cuba menahan diri daripada bersin apabila berada di hadapan tetamu dengan menutup rapat hidung dan mulut. Tabiat beginilah yang ingin dijelaskan sebagai bahaya kepada diri sendiri.

Ini kerana, menahan bersin dengan menutup hidung dan mulut ini akan meyebabkan saluran darah pada kepala dan leher anda pecah yang boleh mengakibatkan kematian. Mungkin definisinya agak keterlaluaan mengenai tabiat menahan bersin ini.

Tapi sudah terdapat beberapa kajian perubatan yang menjelaskan mengenai bahaya menahan bersin seperti cara yang diterangkan tadi.

Kajian dari Universiti Alabama menerangkan. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru anda ketika bersin dengan halaju 160km/j dan menyemburkan lebih 5,000 titisan air sehingga mampu mencapai jarak 12 kaki dari tempat anda bersin.

Jadi cuba bayangkan jika anda terus menutup rapat hidung dan mulut ketika bersin, akan menyebabkan udara tersekat keluar secara normal. Udara yang sudah ditekan keluar melalui tindakbalas bersin tersebut masih perlu keluar dari tubuh anda dan salah satu caranya adalah melalui saluran telinga.

Udara yang keluar melalui saluran Eustachius ke telinga anda dengan kelajuan 160km/j ini mampu merosakkan gegendang telinga, pendarahan, jangkitan kuman atau hilang pendengaran. Mungkin anda pernah alami seperti bunyi "popping" semasa menahan bersin sebelum ini.


Dalam artikel The Strainght Dope juga mengatakan:

"Jangan menahan ketika bersin, kerana menahan bersin akan mendesak udara keluar melalui saluran Eustachius ke telinga. Akan mencederakan gegendang telinga atau jangkitan kuman.


Profesor Otolaryngology atau ENT dari Kolej Perubatan Baylor, Dr. Donald Donovan menasihatkan supaya tidak menahan bersin. Kerana jika anda menahan bersin, anda akan menyekat kuman dari keluar dari badan dan ini hanya akan meningkatkan kesan keradangan dan jangkitan penyakit.

Lagi satu, Jantung anda akan berhenti berdegup untuk beberapa mili saat. Cara bersin yang sihat ialah dengan mengeluarkan tekanan udara dari badan keluar secara semulajadi melalui mulut dan hidung.

Bagaimana akibatnya pada jantung anda jika anda menahan bersin? Bagaimana tekanan udara dalam tubuh ketika itu? Jadi fikir-fikirkanlah, adakah anda akan terus merasa segan dengan menahan bersin apabila berada di hadapan tetamu?


p/s: kalau nak bersin sangat dah, pergi cari tempat yang aman sikit atau tempat yang boleh diklasifikasikan selamat dan lepaskannya. Tapi kalau dah tak tahan lepaskanya saja, lepas tu buat-buat tak tahu...huhuhuhu

Khasiat Bawang Putih | Berbau Tapi Membantu

on 1 May 2012

Assalamualaikum.....

Berbau tapi membantu

Di sini aku nak kongsikan kepada korang semua khasiat bawang putih yang sememangnya ramai yang tidak suka dengan makanan ini. Antara sebabnya ialah ianya berbau. Tapi aku lain sikit sebab aku suka makan dan tumiskannya dengan makanan. 

Kalau korang nak tahu, mengambil makanan yang tinggi bawang putih akan memotong selera makan korang. Kalau difikirkan semula ianya memang baik untuk korang kerana ini akan mengurangkan selera makan kita. Ini baik untuk mereka yang kuat sangat makan. So, jangan lupa tambahkan bawang putih dalam piramid makanan korang.

Banyak lagi khasiat bawang putih yang kita semua tahu namun kita buat-buat tak tahu. Betul tak ?.

Antaranya ialah bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh kita kerana ianya dapat memecahkan kolesterol pada salur darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Bukan itu saja, bawang putih juga dapat membantu menyegarkan pernafasan dan dapat mengubati penyakit diabetes. Selain itu, bawang putih dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser. 

Aku rasa bab ini yang sangat menarik terutama sekali bagi yang mempunyai masalah jerawat. Mungkin ramai juga yang dah tahu pasal nie. Caranya senang cuma perlu tumbuk bawang putih dan menepekkannya di bahagian yang berjerawat tersebut. Aku rasa kalau nak guna cara nie mesti kena tutup hidung sebab nanti tak tahan pula denagn baunya tu. huhuhu... 

Ada tambahan sedikit tentang khasiat bawang putih. Ianya juga berfungsi mengurangkan angin dalam badan kita.

Banyak lagi khasiat bawang putih yang ada cuma aku tak seberapa tahu. So, cuba tanya kepada mereka yang lebih arif tentang nie. Kalau ada yang sudi nak tambah di silakan. Jangan malu-malu erk... "Perkongsian Adalah Satu Nikmat"
 
© Bayangan Silam All Rights Reserved