Siapa yang tak suka bila dengar saja pasal coklat, pasti ramai yang mengaku meminati @ suka memakan coklat. Walaupun kita tahu bahawa kandungan gula dalam coklat dapat meningkatkan berat badan, merosakkan gigi mahupun menyebabkan penyakit diabetis. Namun itu semua tidak menghalang orang ramai untuk menikmati kelazatannya kerana coklat sendiri sebenarnya mempunyai banyak kebaikannya juga dan bermanfaat kepada tubuh badan. Coklat mengandungi antioksidan yang dapat menjaga kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan dari psikologi manusia, coklat dapat menimbulkan perasaan rileks dan tenang.
Selain itu, coklat juga dapat membantu meningkatkan kecantikkan. Kandungan yang terdapat dalam coklat sememangnya memiliki banyak manfaat kepada kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembabkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambatkan penuaan kulit termasuk mencegah kerutan pada wajah.
Kalau nak cantikkan wajah menggunakan coklat, tidaklah susah sangat buat masker sendiri pun boleh juga. Tak payah pergi ke Spa kecantikan sebagainya, membazir duit saja. Dekat rumah pun boleh buat. Kalau korang nak cuba menggunakan coklat pada wajah kamu, cuba cara berikut :
Bahan:
- Dark chocolate (kandungan coklat tinggi), susu serbuk putih (full cream), garam
Cara:
- Cairkan coklat
- Campur semua bahan dalam coklat yang telah mencair dan aduk rata
- Sejukkan sehingga mencapai suhu ruang
- Oleskan pada wajah selama 15-30 minit
Susu dan garam dapat digantikan dengan mentega gula dan madu bila kamu inginkan kesan lembab dan antiseptik pada wajah.
Untuk kulit TUBUH, kamu boleh membuat sabun mandi coklat buatan sendiri, tak payah beli dekat pasar atau mall.
Cara:
- Jerang susu putih dicampur dengan irisan coklat sehingga coklat cair.
- Kemudian campur dengan sabun mandi cair atau kamu tuang saja dalam Bathtub
p/s: Coklat memang makanan yang sangat disukai di seluruh dunia. Kalau tak percaya cuba tanya orang disekeliling kamu. Betul kan ?
Coklat boleh mendatangkan keburukan jika kita mengambilnya secara berlebihan. So, moral valuenya di sini. Bila makan ingat-ingat dunia dan diri kamu. >.<
ow... coklat pun boleh erk.
ReplyDelete