Hargailah Kesihatan Yang Dikurniakan Oleh-Nya

on 28 May 2012

Assalamualaikum....

Hargailah Kesihatan Yang Dikurniakan Oleh-Nya

Rasanya dah lama saya tak update blog nie... Kesiannya kat koe ya... Sabarlah... Biasalah saya malas nak update sebab saya kena ulser mulut. So, malas nak update, ini pun belum sembuh sepenuhnya.

Perghhh... memang susah kalau terkena ulser mulut nie... Semua benda susah nak buat terutama sekali bila time  makan tiba. Orang senang saja masukkan 'mangsa' tu kat dalam perut korang tapi saya nie memang payah weiii... Dah lebih kurang seminggu dah kena tapi tak sembuh-sembuh lagi. Alahai, beratnya ujian yang KAU berikan kepadaku, Ya Allah... 

Oleh itu hargailah kesihatan diri kamu semua. Jangan sia-siakan kesihatan yang telah diberikan Oleh-Nya. kelak bila DIA dah tarik balik kesihatan itu dari kamu barulah kamu akan menyesal. itu semua tidak berguna lagi weiiii... 

Kita semua kena ingat bahawa kesihatan yang kita miliki sekarang ini hanyalah pinjaman dari-Nya dan jagalah ianya dengan sebaik mungkin. Jangan ikut sedap mulut perut kamu saja nak lahap semua benda dan tak langsung fikir tentang limit yang ada pada badan kamu tu. 

Kalau mereka tu boleh bercakap pasti mereka akan berkata demikian -"Weiii, dahlah tu aku dah tak mampu dah tampung lemak yang kamu makan tu"- PERUT- Sekadar jenaka semata-mata....

INGAT !!! - Kesihatan adalah hargai yang tak ternilai harganya. Maka jagalah diri kamu dengan sebaiknya.


Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved