Khasiat Bawang Putih | Berbau Tapi Membantu

on 1 May 2012

Assalamualaikum.....

Berbau tapi membantu

Di sini aku nak kongsikan kepada korang semua khasiat bawang putih yang sememangnya ramai yang tidak suka dengan makanan ini. Antara sebabnya ialah ianya berbau. Tapi aku lain sikit sebab aku suka makan dan tumiskannya dengan makanan. 

Kalau korang nak tahu, mengambil makanan yang tinggi bawang putih akan memotong selera makan korang. Kalau difikirkan semula ianya memang baik untuk korang kerana ini akan mengurangkan selera makan kita. Ini baik untuk mereka yang kuat sangat makan. So, jangan lupa tambahkan bawang putih dalam piramid makanan korang.

Banyak lagi khasiat bawang putih yang kita semua tahu namun kita buat-buat tak tahu. Betul tak ?.

Antaranya ialah bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh kita kerana ianya dapat memecahkan kolesterol pada salur darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Bukan itu saja, bawang putih juga dapat membantu menyegarkan pernafasan dan dapat mengubati penyakit diabetes. Selain itu, bawang putih dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser. 

Aku rasa bab ini yang sangat menarik terutama sekali bagi yang mempunyai masalah jerawat. Mungkin ramai juga yang dah tahu pasal nie. Caranya senang cuma perlu tumbuk bawang putih dan menepekkannya di bahagian yang berjerawat tersebut. Aku rasa kalau nak guna cara nie mesti kena tutup hidung sebab nanti tak tahan pula denagn baunya tu. huhuhu... 

Ada tambahan sedikit tentang khasiat bawang putih. Ianya juga berfungsi mengurangkan angin dalam badan kita.

Banyak lagi khasiat bawang putih yang ada cuma aku tak seberapa tahu. So, cuba tanya kepada mereka yang lebih arif tentang nie. Kalau ada yang sudi nak tambah di silakan. Jangan malu-malu erk... "Perkongsian Adalah Satu Nikmat"
Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

  1. Assalam... aku tau ramai yang tak suka makan bawang putih nie... tapi org cina memang suka sangat bawang putih nie terutama sekali dalam makanan mereka... memang tak sah kalah tak ada bawang putih...

    ReplyDelete

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved