Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hari ini kita akan berkongsi tip-tips kesihatan lagi, kali ini bahagian rambut pula. Rambut panjang nan indah merupakan idaman buat kebanyakan wanita di seluruh penjuru dunia. tak tahulah kalau ada juga lelaki yang suka berambut panjang. Namun, masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita adalah rambut yang tumbuh tidak sihat. Walaupun bagaimanapun jangan terkeliru masalah rambut tidak sihat bukan hanya kerana perawatan rambut yang salah tetapi juga disebabkan faktor cuaca, pemakaian produk perawatan rambut yang tidak tepat dan pola pemakanan yang tidak seimbang.
Faktor-faktor penghambat itulah yang menjadikan rambut kamu tumbuh tidak subur, mudah rapuh, patah dan kusam. Maka, bagi memastikan rambut kamu panjang dan cantik berikut adalah tipnya:-
- Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kamu. Jangan tertipu dengan produk syampu yang menawarkan pertumbuhan rambut secara pantas kerana bimbang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya adalah bahan-bahan yang boleh merosakkan rambut.
- Gunakanlah masker berkhasiat pada bahagian hujung rambut. Bagi memanjangkan rambut, khasiat yang cukup harus ada pada rambut.
- Cubalah suplemen untuk rambut. Bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen rambut terdiri daripada kalsium, zat besi, magnesium dan mineral garam yang akan membantu pemeliharaan rambut dari dalam.
Kredit to: OhBulah !
{ 0 Komen... read them below or add one }
Post a Comment