Berjanji Biarlah Ditepati

on 3 June 2012

Assalamualaikum sahabat-sahabatku semua...

Berjanji Biarlah Ditepati
"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya" (Al Isra - 34)
Berjanji itu memang mudah tetapi menunaikannya itu susah. Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut dan menunaikannya itu menggunakan pergerakan tubuh badan.

Memang ramai dikalangan kita yang memang suka sangat berjanji tetapi sering saja terlupa untuk menunaikan janji itu. Dalam Islam sendiri mewajibkan kita untuk menunaikan janji  dan bukannya harus. So, sesiapa yang suka sangat berjanji tapi tak tunaikan janji kenalah berubah dari sekarang. Kelak bila kita yang terkena balik barulah kita tahu yang menunaikan janji itu amatlah penting. 

Namun begitulah dunia sekarang, dah banyak kali dengar orang yang memungkiri janjinya. Itu belum lagi janji-janji manis percintaan seorang teruna kepada si jelita. Memang sering kita dengar. 

Tahu tak orang yang suka sangat berjanji tapi tak tunaikannya adalah munafik dan dia selayaknya berada di neraka yang paling bawah sekali. Itu berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, 

dan apabila Rasulullah Sallallah 'alaihi Wassallam bertanya pada Jibril tentang pemilik pintu-pintu neraka, maka Jibril menjawab: "Pintu yang paling bawah ialah untuk golongan munafik". 

Selain itu, ada tiga ciri-ciri utama golongan munafik dalam hadith Baginda Rasulullah Sallallah 'alaihi Wassalam dan antara ciri-ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.

"Tanda-tanda munafik ada tiga. Apbila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat" (HR Muslim)
So, saya tak naklah sesiapa pun di antara sahabat-sahabatku ada di kalangan ini. Biarlah kita ini tak hensem, kaya, berjawatan ataupun terkenal tapi biarlah kita tepati janji walaupun nyawa dihujung telur sekalipun. Kerana menunaikan janji itu merupakan kewajiban yang utama. 

Ingatlah sahabat-sahabatku semua, janji itu tidak salah tetapi memungkirinya itu yang salah. Menjadikan janji itu sebagai mainan kata-kata sudah cukup menggambarkan diri seseorang itu tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja hilang kepercayaan dari Allah, malah boleh mengundang ketidakpercayaan orang disekeliling kita. Memang itulah fitrah manusia, yang memungkiri pasti dibenci dan sebaliknya mengundang rasa senang hati.

"Janjiku untuk setia akanku setia sampai bila-bila"

Wassalam


Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved