Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Ramadhan Kian Hampir Tapi Sudahkah Kita Bersedia?

on 27 June 2013

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu dan salam tengahari....


Ramadhan Kian Hampir Tapi Bersediakah Kita Nak Menghadapinya?

Aku nie sekejap ada, sekejap hilang... macam chipsmore pulak dah... Sebenarnya bukan niat tak nak jenguk blog sebiji nie tapi tak ada idea nak tulis apa... dah namanya blogger picisan saja jadi semuanya serba ringkas... 

Pejam celik.. pejam celik... ramadhan dah nak dekat. Cepat juga masa berlalu sampai tak sedar bulan Syaaban dah berada di pertengahan... Jadi, bulan Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi nak menjenguk tapi adakah kita dah bersedia? tepuk dada tanya diri... Jangan yang kamu belum sedia pulak... Yang puasa ramadhan lepas tu dah ganti tak? kalau belum masih ada masa lagi nak ganti... 




Bagi yang first time nak berpuasa, aku ucapkan selamat berjaya. Puasa nie bagus untuk tubuh badan kita sebenarnya bukannya nak menyeksa tubuh badan (yang nie aku dengar dari individu tertentu). Aku harap orang yang berpandangan sebegini buatlah research baru nak berucap jangan jadi seperti pak pandir.

Bagi yang first time berniat puasa penuh pada Ramadhan kali ini, aku ucapkan alhamdulillah... In Shaa Allah, kamu boleh buat punyalah.... Jangan ikutkan sangat nafsu yang menggoda tu sebab semua tu adalah ujian semata-mata. Kena kuatkan juga azam dalam diri baru boleh buat...

Terakhir sekali, aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadhan 1434H kepada semua saudara-saudaraku di serata dunia terutama sekali di Malaysia... Ingat puasa penuh tau jangan tipu-tipu... tak baik sebab Allah tau semuanya... tak ada yang terkecuali...

Bagi yang tak tahu niat puasa Ramadhan tu boleh layari tajuk pautan di bawah. Biasalah, ramadhan kan sekali setahun mungkin ramai yang lupa... hehehe...

Sekali lagi aku ucapkan salam Ramadhan... :)

Hujan Oh Hujan

on 21 October 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan yang sangat di sayangi... Rindu terasa pula aku dengan kamu semua... Mungkin lama dah tak menaip di sini... Sejak akhir-akhir nie hujan saja dekat tempat kami nie, mungkin ini dinamakan hujan Rahmat. Memang sejuk macam dekat kutub Antartik pula terasa...

Hujan oh hujan, kenapa kau turun dengan lebatnya sehingga membuatkan setiap otot-ototku terasa kecut dan kulitku terasa sejuk dengan dingin diwaktu malam. Pergh, memang menusuk sehingga ke tulang dinginnya. 

Tapi hari ini nampak cerah saja matahari pun bersinar dengan cerianya sehingga terasa bahangnya. Kalau cuaca macam nie memang ada penyakit yang selalu dialami oleh sesetengah orang contohnya salesema. oklah sampai sini saja untuk hari ini... malas sebenarnya nak menaip panjang-panjang sebab idea pun bukannya banyak sangat...

Hujan Oh Hujan


DOa Ketika TuRun Hujan

Ketika melihat hujan telah tuRun, Nabi biasa membaca dOa di bawah ini :

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Allahumma shoyyiban naafi’an

“Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat.” (H.R. Al-BukhaRy)

Atau dOa beRikut :

اللهم سقيا هنيئاصـيبا نافعا اللهم اجعله صيب رحـمة ولا تجعله صيب عذاب

"Ya Allah,(jadikanlah hujan ini) sebagai siRaman yang menyenangkan dan hujan yang beRmanfaat. Ya Allah, jadikanlah hujan ini Rahmat dan jangan Engkau jadikan hujan siksaan.” (H.R. Ibnus Sunny)



Jika meRasa takut akan kemudhaRatan hujan, maka Nabi mengajaRkan dOa di bawah ini:

اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Allahumma haulanaa walaa ‘alaynaa, Allahumma ‘alal akaami wazharaabi wabuthuunil awdiyati wamanaa bitisy syajari..

"Wahai Tuhanku! TuRunkanlah hujan di sekitaR kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau tuRunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pOkOk-pOkOk.” (H.R. BukhaRi-Muslim)


DOa ketika TeRdengaR PetiR/Geledek/HalilintaR.


سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

subhanalladzii yusabbihur ra’du bihamidihi wal malaaikatu min khiifatihi

“Maha Suci Allah yang mana guRuh ini mentasbihkan-Nya beseRta memuji-Nya dan juga paRa malaikat mentasbihkan-Nya kaRena takut kepada-Nya.” (H.R. Malik)

Panduan Solat Sunat Terawih

on 16 July 2012

CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH | Dalam post kali ini saya nak share berkenaan Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah. Yang dah besar tu konfom dah tahu ni kan. Bacalah juga jika berkenan.

Panduan Solat Sunat Terawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih


Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih



(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)


Bacaan Surah


Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :

1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab


Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas


Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab. kredit kepada ammboi.com

SUMBER : BIRO PENERANGAN SURAU JPSWPKL

p/s: InsyaAllah esok saya akan berkongsi lagi tentang Adab Puasa Ramadhan dengan kawan-kawan sekalian jika tiada aral melintang... Selamat Berpuasa semua...

Haram Ambil Menantu Yang Tak Sembahyang

on 12 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Ada sedikit info yang amat-amat penting yang aku nak kongsikan kepada semua disini. Info ini berkaitan dengan alam rumah tangga dan wajib untuk semua terutama sekali yang ingin mendirikan masjid. Nak berumah tangga nie bukannya mudah seperti main pondok-pondok tapi mempunyai tanggungjawab yang amat besar setelah berkahwin kelak terutam sekali bagi lelaki.

Haram Ambil Menantu Yang Tak Sembahyang

Aku malas nak menaip panjang lebar sampai ke kutub selatan tembus ke kutub utara sana tu. So, baik kita ke topik utama kita nie lagi best.

Ustaz Azhar Idrus kata HARAM ambil buat menantu kalau tak sembahyang walau sah nikah. Imam Al-Ghazali kata, siapa yang mengambil orang yang tak sembahyang/solat buat menantunya maka dia telah BERDOSA BESAR kerana sama dengan hukum memutuskan silaturrahim kerana anak perempuan kita adalah amanah, HARAM kita bagi ke orang fasik yang tak mahu tunduk kepada ALLAH Subhana Wa 'Taala.

Orang yang tidak mahu tunduk sdan sujud kepada Allah LEBH JAHAT daripada iblis kerana iblis sujud kepada Allah Subhana Wa 'Taala. Iblis tidak mahu sujud kepada Nabi Adam saja, kalau Allah suruh ibilis sujud kepada-NYA, iblis akan sujud, tidakj ingkar sikit pun. Maka, orang yang tak mahu sembahyang dan tak mahu sujud kepada Allah Subhana Wa 'Taala, dia lebih jahat daripada syaitan laknatullah.

p/s: Lepas nie, soalan pertama yang harus ditanya oleh ibu bapa kepada bakal menatunya mestilah tentang solat. Kalau solat pun hanya seminggu sekali buat apa... betul tak...

Doa Mengelak Dari Makanan Yang Telah Disantau

on 5 July 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Kali ini saya nak kongsikan kepada rakan-rakan sekalian bagaimana kita nak mengelakkan diri kita terkena santau makanan. Biasalah, bagi mereka yang ingin gerai atau makanan mereka itu laris dan mendapat sambutan mereka sanggup menggunakan cara yang kotor yang ditegah oleh agama. Apa akibatnya ? pelanggan juga yang terkena santau makanan tersebut. Tapi tak hairan juga ada orang yang berperasaan hasad dengki dengan kita dan sanggup meletakkan santau dalam makanan kita. Kes seperti ini adik saya pernah terkena sehinggakan berat badan adik saya susut dan hampir saja menemui maut. Tapi, alhamdulillah semuanya baik-baik saja sekarang nie semuanya kerana Allah Subhana Wa 'Taala.

Doa Elak Kena Santau Makanan

Bagi mengelakkan diri kita terkena santau makanan, kamu bolehlah baca ayat ini ["bismillah allazi la yadhurru"] sebanyak 7 kali ketika hendak makan. Nescaya dengan izin Allah Subhana Wa 'Taala, bekas makanan yang disantau tadi boleh pecah.


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad)

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M | Sudah Bersiapkah Menerima Kedatangannya

on 3 July 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Dunia...

Musim bola sepak EURO 2012 dah melabuhkan terai dimana Sepanyol berjaya mengekalkan kejuaraannya untuk kali kedua berturut-turut. So, fokus kita kali ini ialah satu lagi event yang sangat besar dan mulia iaitu bulan Ramadhan. Macam mana dah buat persiapan nak sambut kedatangan bulan mulia nie ? Mestilah dah bersedia, tak begitu semua ? Kalau ada yang belum bersedia lagi kena cepat-cepat takut nanti puasa pertama dah 'berlubang' pula, kan tak cantik sudah. 

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M | Sudah Bersiapkah Menerima Kedatangannya

Untuk makluman semua, wahai sahabat-sahabat dan saudara-saudara muslim sekalin, tarikh pencerapan anak bulan Ramadhan (penetapan awal Puasa 2012) ialah 19 Julai 2012. Maklumat lanjut sila layari laman utama Majlis Raja-Raja.


Kami ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan dimana amal ibadat kita dilipat-kali gandakan oleh Allah Subhana Wa 'taala. So, berebut-rebutlah kita semua mengumpul amal dibulan mulia ini.

Ok lah, saya ucapkan Selamat Berpuasa semua blogger-blogger dan rakyat Malaysia serta seluruh umat Muslim di dunia, ingat jangan lupa makan sahur nanti tak ada tenaga pula di keesokan harinya, kan susah. 

p/s: Dah tak sabar nak sambut Ramadhan. Kamu pula macam mana ?

Berjanji Biarlah Ditepati

on 3 June 2012

Assalamualaikum sahabat-sahabatku semua...

Berjanji Biarlah Ditepati
"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya" (Al Isra - 34)
Berjanji itu memang mudah tetapi menunaikannya itu susah. Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut dan menunaikannya itu menggunakan pergerakan tubuh badan.

Memang ramai dikalangan kita yang memang suka sangat berjanji tetapi sering saja terlupa untuk menunaikan janji itu. Dalam Islam sendiri mewajibkan kita untuk menunaikan janji  dan bukannya harus. So, sesiapa yang suka sangat berjanji tapi tak tunaikan janji kenalah berubah dari sekarang. Kelak bila kita yang terkena balik barulah kita tahu yang menunaikan janji itu amatlah penting. 

Namun begitulah dunia sekarang, dah banyak kali dengar orang yang memungkiri janjinya. Itu belum lagi janji-janji manis percintaan seorang teruna kepada si jelita. Memang sering kita dengar. 

Tahu tak orang yang suka sangat berjanji tapi tak tunaikannya adalah munafik dan dia selayaknya berada di neraka yang paling bawah sekali. Itu berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, 

dan apabila Rasulullah Sallallah 'alaihi Wassallam bertanya pada Jibril tentang pemilik pintu-pintu neraka, maka Jibril menjawab: "Pintu yang paling bawah ialah untuk golongan munafik". 

Selain itu, ada tiga ciri-ciri utama golongan munafik dalam hadith Baginda Rasulullah Sallallah 'alaihi Wassalam dan antara ciri-ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.

"Tanda-tanda munafik ada tiga. Apbila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat" (HR Muslim)
So, saya tak naklah sesiapa pun di antara sahabat-sahabatku ada di kalangan ini. Biarlah kita ini tak hensem, kaya, berjawatan ataupun terkenal tapi biarlah kita tepati janji walaupun nyawa dihujung telur sekalipun. Kerana menunaikan janji itu merupakan kewajiban yang utama. 

Ingatlah sahabat-sahabatku semua, janji itu tidak salah tetapi memungkirinya itu yang salah. Menjadikan janji itu sebagai mainan kata-kata sudah cukup menggambarkan diri seseorang itu tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja hilang kepercayaan dari Allah, malah boleh mengundang ketidakpercayaan orang disekeliling kita. Memang itulah fitrah manusia, yang memungkiri pasti dibenci dan sebaliknya mengundang rasa senang hati.

"Janjiku untuk setia akanku setia sampai bila-bila"

Wassalam


Kenapa Perlu Menyambut Hari Ibu Sekali Setahun

on 13 May 2012

Assalamualaikum....


Pasti semuanya dah tahu yang hari ini merupakan "Hari Ibu". So, aku tengok banyak yang wish dekat ibu, mama, emak segala lagilah panggilan untuk wanita yang bergelar 'IBU". Bagi aku ibu merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak ada yang boleh menggantikan mereka. Pengorbanan mereka ini kita tidak dapat untuk membalasnya walau segunung intan berlian sekalipun. 

Walaupun begitu, sebenarnya "Hari Ibu" HARAM di sambut bagi yang beragama ISLAM. Bukan aku yang kata tapi Ustadz Azhar Idrus yang cakap. Kalau tak percaya jom tengok video ni, Klik SINI !

Haram Menyambut Hari IbuDah tengok video tu tak ? Kalau dah bagus, jadi mesti korang faham kenapa "Hari Ibu" disambut bagi umat ISLAM. Kenapa nak persoalkan lagi sedangkan jawapan yang diberikan memang banyak dah di internet cuma kita kena gunakan teknologi "Semuanya dihujung jari anda" . Cuma kena rajin sahaja nak Google. Kalau masih tak berpuashati dengan jawapan yang diberikan cuba bertanya pada Ustadz atau Ustazah yang di tauliahkan.

Bagi aku pula, kenapa nak sambut "Hari Ibu" setahun sekali sahaja. Kenapa tak setiap hari ? Lagipun pengorbanan seorang IBU bukannya sedikit tapi banyak dan memang tak akan seorang anak itu dapat membalasnya. 

Pengorbanan seorang ibu itu tak perlu dihargai, diingati dan dibalas hanya pada "Hari Ibu" sahaja. Sepatutnya jasa mereka perlu kita balas pada setiap hari dan sepanjang hidup mereka kerana mungkin esok mereka sudah tiada lagi.


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"
Akhir kata dari seorang yang masih bergelar Anak "Sayangilah Ibu Anda"


AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU .

Ketika kita lapar , tangan ibu yang menyuap ,
Ketika kita haus , tangan ibu yang memberi minuman ,
Ketika kita menangis , tangan ibu yang mengesat air mata ,
Ketika kita gembira , tangan ibu yang menadah Syukur , memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia ,
Ketika kita mengantuk , tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang ,
Ketika kita mandi , tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan , membersihkan segala kekotoran ,
Ketika kita dilanda masalah , tangan ibu yang membelai duka sambil
berkata : Sabar nak , sabar ye sayang .

 Itulah pengorbanan seorang ibu, maka sayangilah ibu anda.. syurga di bawah tapak kaki ibu sayangilah mereka 


Adakah Semut Haram Dibunuh ?

on 7 May 2012

Assalamualikum...


Adakah Semut Haram Dibunuh ?
Gambar Hiasan - Sumber: Google
Mungkin banyak yang dah tahu pasal benda nie tapi aku saja yang baru tahu. Kesiannya aku ketinggalan zaman betul nie. Orang dah sampai di 'bulan' tu tapi aku masih lagi dekat bumi nie. betul kah ? pelik saja dengar peribahasa tu.  hehehe... 

Kesian semut-semut tu aku bunuh saja tanpa perikemanusian. Jahat betul aku nie ?! Kita pun dah tahu yang semut nie memang ada di mana-mana saja tak kiralah di di dalam rumah atau pun di luar rumah, dapur, bilik tidur mahupun tandas. 

Semut biasanya akan bergerak secara berkumpulan. So, kalau macam tu memang susahlah kita nak menghalau semut-semut tu satu persatu. Kekadang tu memang terpaksa kita bunuh apa lagi kalau semut tu boleh mendatangkan mudarat kepada kita atau keluarga kita. 

Selidik punya selidik kat pakcik GOOGLE memang banyak yang aku dapat tentang hukum membunuh makhluk Allah yang kerdil nie. So, aku bacalah satu persatu dengan teliti dan sememangnya memang HARAM membunuh semut nie berdasarkan hadith NABI:

Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hudhud, dan burung Shurad".

So, memang sah dan nyata lagi bahawa kita dilarang membunuh dan memakan empat jenis binatang nie termasuklah semut. Islam nie memang agama yang mudah dan senang. Islam tidak memberat atau membebankan sesuatu perkara itu dan tidak juga meringan-ringankan sesuatu perkara itu tanpa alasan dan sebab tertentu yang boleh meringankannya.

Mudah saja sebenarnya, kalau semut tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada kita atau anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya maka dibolehkan menyusirnya dengan penyapu. Kalau pun semut-semut tersebut mati itu bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkat sarang tersebut serta buanglah ke luar rumah. Selepas itu, tutuplah lubang tersebut agar semut tadi tidak membuat sarang semula. Usaha kita itu tidak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Mungkin semua itu ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang tidak kita mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. 

p/s: Berapa ribu dah semut yang dah aku bunuh ? kesian dengan semut-semut tu. Baru kini aku tahu perkara ini walaupun sudah lama perkara ini disampaikan. Inilah kalau ilmu kita tidak cukup. So, hati-hati ketika berjalan, tengok juga kat bawah jangan nak menongkat ke langit saja sampai makhluk kat bawah tu tak nampak. Wassalam.....


 
© Bayangan Silam All Rights Reserved