CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH | Dalam post kali ini saya nak share berkenaan Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah. Yang dah besar tu konfom dah tahu ni kan. Bacalah juga jika berkenan.
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab. kredit kepada ammboi.com
SUMBER : BIRO PENERANGAN SURAU JPSWPKL
p/s: InsyaAllah esok saya akan berkongsi lagi tentang Adab Puasa Ramadhan dengan kawan-kawan sekalian jika tiada aral melintang... Selamat Berpuasa semua...
p/s: InsyaAllah esok saya akan berkongsi lagi tentang Adab Puasa Ramadhan dengan kawan-kawan sekalian jika tiada aral melintang... Selamat Berpuasa semua...
Salam Kenal... Salam Ramadan & selamat berpuasa..
ReplyDeletewww.siezuka.com