Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Ramadhan Kian Hampir Tapi Sudahkah Kita Bersedia?

on 27 June 2013

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu dan salam tengahari....


Ramadhan Kian Hampir Tapi Bersediakah Kita Nak Menghadapinya?

Aku nie sekejap ada, sekejap hilang... macam chipsmore pulak dah... Sebenarnya bukan niat tak nak jenguk blog sebiji nie tapi tak ada idea nak tulis apa... dah namanya blogger picisan saja jadi semuanya serba ringkas... 

Pejam celik.. pejam celik... ramadhan dah nak dekat. Cepat juga masa berlalu sampai tak sedar bulan Syaaban dah berada di pertengahan... Jadi, bulan Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi nak menjenguk tapi adakah kita dah bersedia? tepuk dada tanya diri... Jangan yang kamu belum sedia pulak... Yang puasa ramadhan lepas tu dah ganti tak? kalau belum masih ada masa lagi nak ganti... 




Bagi yang first time nak berpuasa, aku ucapkan selamat berjaya. Puasa nie bagus untuk tubuh badan kita sebenarnya bukannya nak menyeksa tubuh badan (yang nie aku dengar dari individu tertentu). Aku harap orang yang berpandangan sebegini buatlah research baru nak berucap jangan jadi seperti pak pandir.

Bagi yang first time berniat puasa penuh pada Ramadhan kali ini, aku ucapkan alhamdulillah... In Shaa Allah, kamu boleh buat punyalah.... Jangan ikutkan sangat nafsu yang menggoda tu sebab semua tu adalah ujian semata-mata. Kena kuatkan juga azam dalam diri baru boleh buat...

Terakhir sekali, aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadhan 1434H kepada semua saudara-saudaraku di serata dunia terutama sekali di Malaysia... Ingat puasa penuh tau jangan tipu-tipu... tak baik sebab Allah tau semuanya... tak ada yang terkecuali...

Bagi yang tak tahu niat puasa Ramadhan tu boleh layari tajuk pautan di bawah. Biasalah, ramadhan kan sekali setahun mungkin ramai yang lupa... hehehe...

Sekali lagi aku ucapkan salam Ramadhan... :)

Panduan Solat Sunat Terawih

on 16 July 2012

CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH | Dalam post kali ini saya nak share berkenaan Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah. Yang dah besar tu konfom dah tahu ni kan. Bacalah juga jika berkenan.

Panduan Solat Sunat Terawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih


Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih



(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)


Bacaan Surah


Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :

1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab


Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas


Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab. kredit kepada ammboi.com

SUMBER : BIRO PENERANGAN SURAU JPSWPKL

p/s: InsyaAllah esok saya akan berkongsi lagi tentang Adab Puasa Ramadhan dengan kawan-kawan sekalian jika tiada aral melintang... Selamat Berpuasa semua...

Mia Sara Si Pelakon Cilik Azam Puasa Penuh

on 11 July 2012

Mia Sara Si Pelakon Cilik Azam Puasa Penuh | Puasa dah tak lama lagi hanya tinggal seminggu lebih saja. Pastinya kehadiran bulan suci Ramadhan Al-Mubarak dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana inilah masanya umat Islam menumpukan sepenuh masa beribadat dengan tekun kepada Allah Subhana Wa 'Taala.

Mia Sara, pelakon cilik dan comel juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadapi kehadiran bulan Ramadhan nanti dan Mia berhasrat untuk berpuasa penuh untuk tahun ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

“Tahun lepas Mia puasa dalam 20 hari macam tu. Kalau boleh, tahun ni, Mia nak berpuasa penuh. 


“Mia nak pergi solat terawih dan macam-macam lagilah Mia nak buat,” kata Mia yang petah berbicara ketika ditemubual oleh Mynewshub.my di kediamannya di sini hari ini.

Harap Mia dapatlah puasa penuh tahun nie dan dapatlah beraya sakan nanti. So, kamu semua macam mana , takkan nak kalah dengan si Mia nie. hehehe... Puasa Ramadhan nie bukannya selalu kita jumpa, setahun sekali saja tahu. Apa ssalahnya kita beramal lebih dari biasa pada bulan ramdhan nie.

Apa Kes Pula Buat Promosi Arak Sempena Ramadhan Nie

on 8 July 2012

Promosi Arak Sempena RamadhanAssalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Nie apa kes pula ? Promosi arak sempena nak Ramadhan !?... Posting gambar iklan ini memang dah kecoh dekat facebook dan mendapat banyak pelbagai rekasi orang ramai dan juga yang buat-buat selambe dengan berkata "mungkin ianya dibuat oleh orang bukan Islam yang tidak faham". Secara logiknya, bulan Ramadhan itu adalah bulan umat Islam seluruh dunia menjalani ibadat Puasa kenapa mereka nie tak faham-faham juga. Adakah mereka nie tak menghormati bulan Ramadan ? Kalau ia pun nak buat iklan sebegini carilah lain bulan so taklah buat orang lain marah. 

Aku bukanlah nak tuduh atau tuding jari dekat mana-mana pihak tapi kenalah hormat dekat agama dan bulan Ramadhan sikit. 

Tak silap aku perkara nie bukannya pertama sekali berlaku, Ramadhan lalu pun ada juga di mana akhbar MCA, The Star membuat promosi daging babi panggang. Harap lepas nie tak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku.

Semoga apa yang berlaku ini kita jadikan sebagai pedoman dan perbaiki diri kita... Wassalam

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M | Sudah Bersiapkah Menerima Kedatangannya

on 3 July 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Dunia...

Musim bola sepak EURO 2012 dah melabuhkan terai dimana Sepanyol berjaya mengekalkan kejuaraannya untuk kali kedua berturut-turut. So, fokus kita kali ini ialah satu lagi event yang sangat besar dan mulia iaitu bulan Ramadhan. Macam mana dah buat persiapan nak sambut kedatangan bulan mulia nie ? Mestilah dah bersedia, tak begitu semua ? Kalau ada yang belum bersedia lagi kena cepat-cepat takut nanti puasa pertama dah 'berlubang' pula, kan tak cantik sudah. 

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1433H/2012M | Sudah Bersiapkah Menerima Kedatangannya

Untuk makluman semua, wahai sahabat-sahabat dan saudara-saudara muslim sekalin, tarikh pencerapan anak bulan Ramadhan (penetapan awal Puasa 2012) ialah 19 Julai 2012. Maklumat lanjut sila layari laman utama Majlis Raja-Raja.


Kami ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan dimana amal ibadat kita dilipat-kali gandakan oleh Allah Subhana Wa 'taala. So, berebut-rebutlah kita semua mengumpul amal dibulan mulia ini.

Ok lah, saya ucapkan Selamat Berpuasa semua blogger-blogger dan rakyat Malaysia serta seluruh umat Muslim di dunia, ingat jangan lupa makan sahur nanti tak ada tenaga pula di keesokan harinya, kan susah. 

p/s: Dah tak sabar nak sambut Ramadhan. Kamu pula macam mana ?
 
© Bayangan Silam All Rights Reserved