Selamat Hari Guru Kepada Semua Yang Bergelar Guru

on 16 May 2012

Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru Kepada Semua Yang Bergelar Guru
Aku rasa taklah lama sangat aku tinggalkan zaman persekolahan dan tak mungkin pula aku lupa pada kenangan di zaman persekolahan terutama sekali cikgu-cikgu yang memang Awesome, baik hati, cantik dan hensem.  

Dirotan, denda, berdiri depan kelas, dan banyak lagi hukuman yang diterima tapi semua itu untuk menyedarkan kita bukan untuk memalukan kita. itu semua kenangan yang tak dapat dilupakan bagi bekas pelajar macam aku nie. Memang akan tersemat erat didalam jurnal kehidupan semua kenangan itu. Walaupun terpaksa menahan malu bila time nie tapi ada juga yang tak tahu malu walaupun dah kena beberapa kali. 

Sememangnya setiap 16 Mei setiap tahun jasa Guru-Guru pasti akan dikenang oleh setiap murid dan bekas muridnya. Aku rasa inilah hari yang paling indah buat guru bila mana ramai murid atau bekas muridnya akan menunjukkan rasa penghargaan mereka kepada para guru. 

Nak tunjukkan rasa penghargaan pada guru-guru kita bukan saja kita bagi hadiah tapi kita juga boleh ucapkan kepada mereka ucapan "Selamat Hari Guru" dekat laman sosial mereka. Contohnya dekat Facebook, Twitter, Youtube mahupun Blog. Memang kalau nak bagi hadiah bukan semua mampu. Mungkin banyak lagi idea-idea yang lebih menarik yang boleh korang terjemahkan sebagai penghargaan kepada guru korang. 

Bukan mudah kita untuk mendapat kejayaan seperti sekarang nie tanpa seorang guru. jasa mereka cukup besar dan tiada tolok bandingnya. Cuma kejayaan kita sajalah dapat membalas jasa mereka semua. Itupun belum tentu lagi terbalas kesemuanya.

Di sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia terutama sekali kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku, tak kiralah di mana saja. Jasa cikgu semua tak akanku lupa sehingga akhir hayatku. Mohon maaf kalau kalau saya pernah buat salah dengan cikgu-cikgu semua. Diantaranya ialah Cikgu Arifa Kuraga, Cikgu Haslina Hassan, Ustadz Saiful Bahri Juanda, Cikgu Dyah, dan kepada semua cikgu dan bekas cikgu di SMK Pasir Putih.

Sebelum mengakhiri artikal kali ini terimalah sajak yang memang popular dari Usman Awang

♥ ~~~~~~~~~ ♥

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota.

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu.

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

♥ ~~~~~~~~~~~ ♥

YA Allah...

Andai Engkau takdirkan aku menjadi seorang guru, biarlah aku menjadi seorang guru biasa itu..

p/s: *SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA BEKAS GURU,GURU dan BAKAL GURU....kalian memang AWESOME!!!*
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved