Showing posts with label Uncategory. Show all posts
Showing posts with label Uncategory. Show all posts

Penggubah Lirik Lagu Negaraku Ialah Bekas Cikguku

on 6 July 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

RumiJawi
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو
رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا
رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا



Kenal tak lirik lagu di atas tu ? Kalau tak tak tahu mungkin kamu nie bukanlah rakyat Malaysia. Kalau masa sekolah dulu, kita selalu akan nyanyiakan lagu Negaraku setiap hari Isnin masa perhimpunan, betul tak ?... Kalau ada yang masih tak tahu lagi, tak tahulah apa nak kata.

Tak sangka juga penggubah seni kata lagu Negaraku tu rupanya bekas cikguku dan beliau masih lagi mengajar di SMK Pasir Putih Tawau Sabah. Dalam diam-diam rupanya cikguku nie ada bakat tulis lirik erk... Dah habis belajar baru tahu siapa pencipta lirik lagu Negaraku. Sumber: Wikipedia


Nak tahu siapa beliau ? pergi saja ke profil facebook beliau


Klik Sini

p/s: Sorry cikgu ambil gambar tanpa beritahu yang empunya diri... Semoga cikgu akan terus berjaya dalam bidang perguruan... Terima kasih atas segalanya dan maaf cikgu kalau saya ada buat salah...

Bilik Tidur Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Menentukan Mood Seseorang

on 30 June 2012

Bilik Tidur Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Menentukan Mood


Tahukah anda bilik tidur memainkan peranan yang SANGAT BESAR untuk menentukan mood anda pada hari esok.

Kalau bilik bersepah, kotor, mesti korang tension kan..

Buat semak kepala je! Bilik bersih, cantik dan kemas berupaya membangkitkan mood ceria anda.

Takla nanti asyik nak tension je kan.. Siapa suka bilik tidur macam ni? Jangan lupa share dengan kawan-kawan!

Banyak Artikal Lucah Di Ping Busuk - Siapa Patut Disalahkan ?

on 23 June 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Banyak Artikal Lucah Di Ping Busuk - Siapa Patut Disalahkan ?

Siapa yang tak kenal dengan salah satu laman ping aggregator hasil anak Malaysia iaitu Ping Busuk. Saya mula mem'ping'kan artikal-artikal aku dah lebih dari empat bulan tak silap tapi yang pasti belum sampai setahun lagi. Kalau salah maafkan saya para admin Ping Busuk.

Saya mula kenal dengan laman Pin Busuk pun dari abang Feroz. So, sebagai blogger baru, saya cuba mem'ping'kan artikal untuk menarik lebih ramai lagi visitor-visitor untuk singgah ke blog sunyi nie. Alhamdulillah, memang boleh tahan juga traffik yang datang dari Busuk nie.

Apa yang saya tak puas hati sejak akhir-akhir ini ialah semakin banyak pula artikal yang berunsurkan lucah.

Banyak Artikal Lucah Di Ping Busuk - Siapa Patut Disalahkan ?
Printscreen yang baru diambil

Adakah ini disebabkan oleh kelemahan pihak Ping Busuk atau atas permintaan ramai ? kalau nak salahkan Pihak Ping Busuk pun tak ada gunanya kerana penyebabnya di sini adalah tangan-tangan gatal tu yang nak menerbitkan artikal yang tak berfaedah langsung dan juga permintaan yang banyak dari pihak-pihak tertentu.

Anda semua jangan risau kerana Pihak admin Ping Busuk sedang berusaha untuk menapis artikal-artikal yang berunsur lucah melalui satu sistem baru yang mereka lancarkan. Sistem ini mampu menapis keyword-keyword yang berunsur lucah dan seterusnya mengkuarantinkanya untuk menjalani pemeriksaan oleh pihak Busuk. Macam pemeriksaan pihak Kastam pula dekat airport, hehehe.

Harapan saya lepas nie tak ada lagi entri-entri lucah dekat Busuk. Bukannya apa, ini untuk kebaikan semua juga kerana nanti pihak Busuk juga yang susah kalau kena baned dengan pihak-pihak tertentu seperti google, yahoo dan laman lain. So, Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 

p/s: Pihak Busuk kena lebih tegas lagi nie sebab makin banyak pula saya tengok.

Selamat Hari Guru Kepada Semua Yang Bergelar Guru

on 16 May 2012

Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru Kepada Semua Yang Bergelar Guru
Aku rasa taklah lama sangat aku tinggalkan zaman persekolahan dan tak mungkin pula aku lupa pada kenangan di zaman persekolahan terutama sekali cikgu-cikgu yang memang Awesome, baik hati, cantik dan hensem.  

Dirotan, denda, berdiri depan kelas, dan banyak lagi hukuman yang diterima tapi semua itu untuk menyedarkan kita bukan untuk memalukan kita. itu semua kenangan yang tak dapat dilupakan bagi bekas pelajar macam aku nie. Memang akan tersemat erat didalam jurnal kehidupan semua kenangan itu. Walaupun terpaksa menahan malu bila time nie tapi ada juga yang tak tahu malu walaupun dah kena beberapa kali. 

Sememangnya setiap 16 Mei setiap tahun jasa Guru-Guru pasti akan dikenang oleh setiap murid dan bekas muridnya. Aku rasa inilah hari yang paling indah buat guru bila mana ramai murid atau bekas muridnya akan menunjukkan rasa penghargaan mereka kepada para guru. 

Nak tunjukkan rasa penghargaan pada guru-guru kita bukan saja kita bagi hadiah tapi kita juga boleh ucapkan kepada mereka ucapan "Selamat Hari Guru" dekat laman sosial mereka. Contohnya dekat Facebook, Twitter, Youtube mahupun Blog. Memang kalau nak bagi hadiah bukan semua mampu. Mungkin banyak lagi idea-idea yang lebih menarik yang boleh korang terjemahkan sebagai penghargaan kepada guru korang. 

Bukan mudah kita untuk mendapat kejayaan seperti sekarang nie tanpa seorang guru. jasa mereka cukup besar dan tiada tolok bandingnya. Cuma kejayaan kita sajalah dapat membalas jasa mereka semua. Itupun belum tentu lagi terbalas kesemuanya.

Di sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia terutama sekali kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku, tak kiralah di mana saja. Jasa cikgu semua tak akanku lupa sehingga akhir hayatku. Mohon maaf kalau kalau saya pernah buat salah dengan cikgu-cikgu semua. Diantaranya ialah Cikgu Arifa Kuraga, Cikgu Haslina Hassan, Ustadz Saiful Bahri Juanda, Cikgu Dyah, dan kepada semua cikgu dan bekas cikgu di SMK Pasir Putih.

Sebelum mengakhiri artikal kali ini terimalah sajak yang memang popular dari Usman Awang

♥ ~~~~~~~~~ ♥

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota.

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu.

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

♥ ~~~~~~~~~~~ ♥

YA Allah...

Andai Engkau takdirkan aku menjadi seorang guru, biarlah aku menjadi seorang guru biasa itu..

p/s: *SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA BEKAS GURU,GURU dan BAKAL GURU....kalian memang AWESOME!!!*
 
© Bayangan Silam All Rights Reserved