Kebaikan Buah Kurma Pada kecantikan Kulit | Spa Di Rumah

on 11 June 2012

Kebaikan Buah Kurma Pada kecantikan Kulit | Spa Di Rumah
Buah kurma merupakan makan yang terkenal sejak zaman nabi lagi. Kalau nak dapatkan kurma memang senang pada musim Ramadhan, tak tahulah kalau bukan pada musimnya. Rasanya ada juga yang menjual buah kurma nie.

Rasa buah kurma bukan sahaja sedap tapi mempunyai banyak manfaat lain dan salah satunya adalah untuk kecantikan kulit. Buah kurma mempunyai kandungan vitamin B6 dan protein yang ternyata mampu mencegah dermatitis (jangkitan pada kulit) dan membuatkan warna kulit menjadi segar dan tidak pucat. 

Bagaimana kita nak mencantikkan wajah dengan kurma, caranya cukuplah mudah iaitu dengan mencampurkan buah kurma, buah kranberi dan jus aprikot maka akan menghasilkan satu ramuan untuk perawatan kulit yang mengandungi vitamin C, A, B6 dan Protein. Kesemua bahan tersebut sangat berguna untuk membersih , melembut dan menjaga keanjalan kulit. 

Bahan-bahannya:
  • 8 biji buah kurma
  • 1/2 auns buah kranberi beku
  • 1/2 cawan jus aprikot
  • 1/2 sudu teh oat

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam pengisar dan hancurkan hingga halus.
  2. Seterusnya, basahkan tubuh kamu dengan air suam lalu lumur dan gosok tubuh kamu dengan campuran kurma serta aprikot tadi.
  3. Sapu dengan lembut dan perlahan-lahan. kemudian basahi tubuh dengan air suam lalu mandilah seperti biasa dengan air sejuk.
  4. Setelah itu, jangan lupa menggunakan losen setelah selesai mandi agar kulit menjadi bersih, mulus dan tetap terjaga kelembapannya.
p/s: Mudah sahaja bukan ?!... Jadi jangan lupa mencubanya... Selamat Mencuba !!!

Sumber: Remaja
Ranking: 5

{ 2 Komen... read them below or add one }

  1. Nurul x makan sangat kurma kecuali bulan puasa..

    sebab dia manis sikit..

    ReplyDelete
  2. @Nurul Akmal owh ya kah... ada juga yg tak manis... pilihan banyak..

    ReplyDelete

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved