Adakah Semut Haram Dibunuh ?

on 7 May 2012

Assalamualikum...


Adakah Semut Haram Dibunuh ?
Gambar Hiasan - Sumber: Google
Mungkin banyak yang dah tahu pasal benda nie tapi aku saja yang baru tahu. Kesiannya aku ketinggalan zaman betul nie. Orang dah sampai di 'bulan' tu tapi aku masih lagi dekat bumi nie. betul kah ? pelik saja dengar peribahasa tu.  hehehe... 

Kesian semut-semut tu aku bunuh saja tanpa perikemanusian. Jahat betul aku nie ?! Kita pun dah tahu yang semut nie memang ada di mana-mana saja tak kiralah di di dalam rumah atau pun di luar rumah, dapur, bilik tidur mahupun tandas. 

Semut biasanya akan bergerak secara berkumpulan. So, kalau macam tu memang susahlah kita nak menghalau semut-semut tu satu persatu. Kekadang tu memang terpaksa kita bunuh apa lagi kalau semut tu boleh mendatangkan mudarat kepada kita atau keluarga kita. 

Selidik punya selidik kat pakcik GOOGLE memang banyak yang aku dapat tentang hukum membunuh makhluk Allah yang kerdil nie. So, aku bacalah satu persatu dengan teliti dan sememangnya memang HARAM membunuh semut nie berdasarkan hadith NABI:

Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hudhud, dan burung Shurad".

So, memang sah dan nyata lagi bahawa kita dilarang membunuh dan memakan empat jenis binatang nie termasuklah semut. Islam nie memang agama yang mudah dan senang. Islam tidak memberat atau membebankan sesuatu perkara itu dan tidak juga meringan-ringankan sesuatu perkara itu tanpa alasan dan sebab tertentu yang boleh meringankannya.

Mudah saja sebenarnya, kalau semut tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada kita atau anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya maka dibolehkan menyusirnya dengan penyapu. Kalau pun semut-semut tersebut mati itu bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkat sarang tersebut serta buanglah ke luar rumah. Selepas itu, tutuplah lubang tersebut agar semut tadi tidak membuat sarang semula. Usaha kita itu tidak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Mungkin semua itu ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang tidak kita mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. 

p/s: Berapa ribu dah semut yang dah aku bunuh ? kesian dengan semut-semut tu. Baru kini aku tahu perkara ini walaupun sudah lama perkara ini disampaikan. Inilah kalau ilmu kita tidak cukup. So, hati-hati ketika berjalan, tengok juga kat bawah jangan nak menongkat ke langit saja sampai makhluk kat bawah tu tak nampak. Wassalam.....


Ranking: 5

{ 7 Komen... read them below or add one }

  1. dah follow awak..tolong follow sini ye kalau sudi.. http://mynameishafizah.blogspot.com/ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam... terima kasih kerana sudi singgah dan follow sini... mingkin lambat sikit erk sebab line bb lambatlah... hehehe... tapi jangan risau saya akan follow juga nanti... >.<

      Delete
  2. kalo semut dah terlampau kena gak bunuh huhu.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mungkin juga tapi kalau boleh elakkan... kalau terbunuh juga itu bukan niat kita...heheheh

      Delete
  3. Subhanallah...nice entry..thnx 4 sharing bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome ... please come back soon... >.<

      Delete
  4. haha ;) kalo semut tu gigit org. takkan nak biar je~ haha.. kill2 ;) haha. kejam siyh

    ReplyDelete

 
© Bayangan Silam All Rights Reserved